VISI PKM

PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL AKAN MENJADI KURSUS YANG CEMERLANG SEPANJANG TAHUN

PKM UNITED

PKM1

UNITE

LANGKAH KE IPT

Layari Laman Web

Layari web IPT untuk mendapatkan maklumat tentang program pengajian,jangka masa kursus,lokasi serta kemudahan yang disediakan.Anda boleh membuat perbandingan misalnya kursus kejuruteraan yang dijalankan di Universiti A dengan Universit B dan Universiti C.Padankan keputusan SPM anda dengan syarat kemasukan atau kelayakan untuk ke IPT tersebut.Cara ini dapat mengelakkan anda daripada tersalah pilih jurusan semasa mengisi borang.

Pembiayaan Pengajian

Cari maklumat mengenai pembiayaan pengajian iaitu pinjaman atau biasiswa daripada badan-badan yang menyediakan dana pendidikan.Jika ibu bapa anda sudah membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional(SSPN) untuk anda,anda secara automatik dapat pinjaman PTPTN.Selain itu ketahui tentang pembiayaan pendidikan oleh MARA,Yayasan Pelajaran Negeri,Biasiswa Bank Negara dan lain-lain.

Hati-hati Isi Borang

Apabila anda telah memperoleh borang kemasukan untuk ke IPT,isikan segala maklumat yang dikehendaki dengan berhati-hati.Pastikan anda mengikut arahan yang diberi.Pastikan segala ejaan,jurusan yang dipohon dan IPT yang dipilih betul dan tepat.Kesilapan yang tidak disengajakan atau kecuaian mungkin menjejaskan peluang anda atau permohonan anda ditolak.

Pilihan Yang Pelbagai

Beribu-ribu pelajar lepasan SPM dan STPM memohon untuk melanjutkan pelajaran di IPT,jadi persaingan untuk mendapatkan tempat amat sengit.Selain keputusan akedemik yang cemerlang,aktiviti kokurikulum juga diambil kira.Anda tidak boleh berharap pada satu IPT sahaja sebagai pilihan utama.Letakkan beberapa pilihan(jangan berkira tentang lokasi /negeri) supaya peluang anda lebih cerah.
No posts.
No posts.